Wednesday 13 June 2012

PUSPA HATI





Puspa adalah bahasa klasik untuk bunga.  Bunga-bunga yang terakam ini ada di sekitar rumah Mak Mok kat Kluang.  Tak tau nama bunga ni. Panggil bunga teropong. Macam bunga lily dan baunya harum semerbak.  Selepas kembang selama 2 hari, habis gugur semua kelopaknya..


Orkid jingga comel


Mawar kampung di sempadan pagar


Salah satu dari 12 batang anak cili padi Mak Mok yang sedang menghijau subur..Bajanya cuma air cuci ikan


Ini Mak Mok panggil bunga renggam, sebab ambil kat rumah  kenalan kat renggam.  Sentiasa rajin berbunga..


Bunga 3 bulan.  Mak Mok suka bunga ni  kerana dari kecik lagi dah selalu tengok bunga ni penuh kat depan laman.  Arwah Wo yang suka sangat dengan bunga ni dan bunga yang arwah tanam berbunga lebat dan bersaiz XXL setangkai.  Bajanya ialah tahi lembu kering.  Organik dan terbukti berkesan. Kenapa dipanggil bunga 3 bulan? sebab bunga ini kembang selama 3 bulan dan berubah warna beberapa kali.  Permulaannya bunga akan berwarna biru turqois, kemudian menjadi biru unggu, unggu pucat dan akan bertukar menjadi hijau sebelum kecoklatan dan kering.


Jumpa lagi

No comments:

Post a Comment